"Ceritera Cinta Kita ~ Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan, namun ia hadir kerana ketentuanNya. Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan, namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan. Jika ia sebuah cinta, leraikanlah segala kekusutan, hadirkanlah segala kedamaian..."

Thursday, October 14, 2010

::Takziah::

Salam buat semua, lama betul rasanya Mommy x update blog ni. Bukan xnak update, tp mengenangkan 'berukband' yg sgt efficient mjalankan tggjwbnye, mati terus semangat dan idea Mommy. Harini rasa mcm ok la nk update blog ni, tp mmg keadaan tidak mengizinkan juga. Kami sekeluarga baru shj mdapat berita sedih dari KakNgah. Ibu mertuanya telah pulang ke Rahmatullah jam 1.20pm td setelah berada selama 6 hari di PPUM. Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Bila tiba masanya kita di jemput, tak akan lewat atau cepat walau sesaat pun. Kami sekeluarga sempat menziarahi arwah petang Sabtu yg lalu di PPUM. Waktu itu arwah sudah tenat dan koma. Sebak Mommy seketika tatkala terpandangkannya yg terlantar dengan tiub2 yg berselirat di muka. Mengenangkan arwah sewaktu sihatnya memang seorang yg peramah & mesra. Setiap kali bertemu pasti kegebuan Mommy menjadi topik utama perbualan. Walau jarang bertemu namun setiap perkembangan Mommy sekeluarga sampai kepengetahuannya membuatkan kami begitu mesra dengannya. Kehilangannya pasti akan dirasai setiap insan yg mengenalinya.
Hanya doa yg mampu kami titipkan buat arwah. Semoga beliau tenang di sana. InsyaAllah, kami akan ke Kuala Kangsar untuk menziarahi jenazah petang nanti.

No comments: