"Ceritera Cinta Kita ~ Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan, namun ia hadir kerana ketentuanNya. Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan, namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan. Jika ia sebuah cinta, leraikanlah segala kekusutan, hadirkanlah segala kedamaian..."

Sunday, November 13, 2011

::Daging Korban Punya Cerita::

As salam semua.... Mommy nak tanya u alls ni, daging korban yang u all dapat dah habis ke belum? Hehehe... Mommy punya daging korban masih ada, cukup la untuk kami bertiga beranak ni sampai hujung bulan ni kot. What? Hujung bulan? Hehehe...nampak sangat Mommy malas masak kan? Kan Mommy dah cakap, Mommy masak ikut mood. Hahaha....

Daging korban ni memang sedap kan? Ye la, daging fresh.... Nak-nak tang part tulang. Pergh! Tangkap leleh wa cakap lu! Memang layan. Dulu-dulu Mommy xde la layan sangat. Banyak jugak la makanan yang Mommy x layan/suka dulu-dulu dah jadi favorite Mommy sekarang. Berjangkit dari Papa kot yang tolak batu dengan kayu je tu. Ops! Jangan marah ye B....it's a fact, right? Berbalik pada cerita daging & tulang korban ni, u all ada x rasa pening kepala or sakit badan ke lepas makan daging/tulang lembu korban ni? I mean yang fresh la, raya haji punya stock. Orang cakap, kalau makan daging/tulang yang fresh ni kita rasa pening kepala, maknanya kita ni penghidap sakit darah tinggi. Betul ke? Uish! Kalau betul, maknanya kami suami isteri ni ada darah tinggi la kot ek? Tapi kan, sekejap je pun sakit kepalanya....xde la pulak berpanjangan. Macam experience Mommy, lepas makan dalam setengah jam rasa macam pening-pening lalat sikit. Tapi x lama la, dalam 10-15 minit lepas tu dah boleh buat head banging dah. Hahaha.....U all ada experience macam tu x? Kalau macam yang Mommy rasa ni bukan darah tinggi la kot ek? Darah terlebih kot ek? Hahaha....ada ke sakit tu? Hohohoho....Apapun, harap-harap bukan sakit darah tinggi la ye. 

Harini Mommy layan lagi daging korban. Semalam my mum masak sup daging. Harini daging masak kicap pulak. Tadi Mommy hantar daging + tulang lembu kat rumah dia. Janjinya esok nak masak sup tulang tu la buat bihun sup ke. Tapi entahlah, pukul berapa nak jadi sup tulangnya. Hahahaha....esok Ahad weh! Cuti...cuti....Bangun lambat time!

P/s: Mimpi makan sup tulang la malam ni. Hohoho!









Friday, November 11, 2011

11.11.11

As salam semua, lama sungguh kita x jumpa kan? Hehehe.... walaupun Mommy bukan fulltime worker,& bukan juga fulltime housewife, hari-hari Mommy tetap busy. Macam-macam hal berlaku yang membuatkan Mommy busy. Client nak buat insurance claim la, nak bayar premium la, nak itu la, nak ini la.... dah menjadi tanggungjawab Mommy sebagai agent untuk menyelesaikan semuanya. Di rumah pula tugas harian Mommy macam biasa la, pagi-pagi siapkan Papa pergi kerja, then sambung siapkan Adam pulak, hantar dia pergi sekolah, kalau rasa boring Mommy lajak ke rumah Opah Chek Mi (my beloved mom). Kalau Mummy ada kat rumah, sembang-sembang, borak-borak & makan-makan sampai waktu Adam balik sekolah pergi pulak ambil dia balik sekolah then baru balik rumah semula. Kalau ada kerja-kerja insurance, lajak pulak ke Prudential Sitiawan. Petang dah sampai rumah baru la start dengan kerja-kerja rumah pulak. Basuh kain, sidai kain, angkat kain. Lipat kain? Tunggu time rajin la pulak. Hahaha... Eleleh....x payah nak gelakkan Mommy or kata Mommy pemalas ok Korang pun camtu jugak kan? Eleh....Mommy tau. Hahaha...
Masak? Kalau ada mood nak masak, Mommy masak la. Kalau mood tu x mari, makan kedai la jawabnya. Alhamdulillah, so far Papa x bising lagi. Xtau la pulak kot lepas-lepas ni dia nak bising pulak. Demand nak makan masakan Mommy tiap-tiap hari ke kan....Mau Mommy siapkan meja special untuk lappy Mommy ni pulak kan. Hahaha..... 
Itu cerita tugas-tugas kecil je tu. X perlu la Mommy nak cerita details apa Mommy buat tiap-tiap hari kan? Nanti boring pulak u alls nak baca sembang Mommy ni. Ni pun dah kira 'terlebih sudah' ni. Hehehe...out of topic dah ni kan? Ha, tau x pe....
Back to the topic, ada apa sebenarnya dengan tarikh 11.11.11 ni? So far Mommy x dapat lagi jemputan kahwin pada hari ni. Tapi mungkin juga malam ni ramai yang berakad izin berwali ijab bersaksi. Cewah....! Macam tu kan bunyinya yang dalam kad-kad jemputan selalu tu? Hehehe....lupa la pulak Mommy. Pada yang celebrate birthday hari ni mungkin ada special event yang menanti la kot .Dalam FB Mommy pun cuma ada seorang je yang meraikan ulang tahun pada tarikh ini. Semoga dia panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan urusan melahirkan. InsyaAllah! 
Mommy? Apa Mommy buat pada tarikh ni? Hehehe....macam biasa, rutin harian Mommy la. Masak,masak makan-makan, jalan-jalan & tidur-tidur. Tidur-tidur? Pun ada jugak....Mommy mengasuh Umar lagi hari ni. Dah masuk hari ketiga dah ni. Memang enjoy la kan sebab si bebab tu mudah dijaga. Sekarang ni dia tengah tidur. Kejap lagi kena kejut la pulak sebab nak ambil Abang Adam balik sekolah pulak. Harini Opah x pergi kantin, boleh la lajak rumah Opah pulak lepas tu. Hehehe....



Alamak! Lupa pulak Mommy, daging dah rendam tadi. Kena masak la pulak. Ayok! Umar pun dah jaga ni. dah selamat meniarap dengan Mommy depan lappy ni. Kena chow dulu la ni ye. Selamat Hari Jumaat semua! Selamat berhujung minggu juga!



Thursday, May 19, 2011

::Kisah Hari Ibu 2011::

 
♪ Ibu.... Ibu....♫
♪ Engkaulah ratu hatiku....♫
♪ Bila kuberduka, engkau hiburkan selalu...♫
♪ Ibu... Ibu....♫
♪ Engkaulah ratu hatiku.....♫

Lagu ni menjadi lagu favourite setiap kali menjelangnya sambutan Hari Ibu. Betul tak? Agaknya kalau Hari Bapa plak sok lagu favouritenya mungkin lagu ni:

♪ Papaku pulang dari kota ♫
♪ Papaku belikan kereta ♫
♪ Kereta kecil warna merah ♫
♪ Boleh kubawa kesekolah....♫

Hahaha....teringat kumpulan Jambu nyanyi. Lawak tol! Takkan la lagu tu pulak kot kan? Hehehe..... Back to the title, sambutan hari ibu keluarga kami kali ni as usual, simple but meaningful. Tahun ni Abg Boy take turn belanja kami semua yang ada dengan cake hari ibu & sate. Ibu2 yang ada je la potong cake tahun ni. KakNgah & Atie tak joint sebab berada di luar kawasan. InsyaAllah, next time kita celebrate sama2 ek?



Agak mengejut planningnya, kami hanya bawa perut je malam tu. Hahaha.... Walaupun tiada hadiah dari kami sekeluarga, kami tetap sayang semua. Tiada tolok bandingnya! Hadiah kasih sayang itu x dapat kami bandingkan dengan segala harta benda di dunia ini. InsyaAllah...

To Mummy, Selamat Hari Ibu dari kami sekeluarga. Kasih sayang Mummy akan kami bawa hingga ke syurga. Terima kasih atas segala kasih sayang yang telah Mummy curahkan, nasihat, tunjuk ajar & panduan  buat bekalan hidup kami sekeluarga. Tiada kasih setanding kasihmu Mummy. We really, really, really love you! Semoga Mummy sentiasa sihat dalam lindunganNya, tercapai hajat Mummy ke tanah suci tahun ni InsyaAllah...we pray for you dan berbahagia selalu hendaknya. Amin!

Buat arwah mak, walaupun mak tidak bersama kami lagi, kasih sayang mak tetap terpahat kukuh dalam hati kami. Hanya doa dapat kami titipkan buatmu semoga tenang kau di sana. U are always around us mak... Love u forever.

Untuk mak, walaupun perkenalan kita masih setahun jagung, kasih sayangmu dapat kami rasai. X pernah kami bezakan kasih sayang kami untuk mak. Semoga mak sihat, bahagia,  dan sentiasa ceria bersama kami. InsyaAllah!


Buat kakak-kakak yang kami sayangi, kehadiran kalian benar-benar membawa erti buat kami sekeluarga. Dorongan, bimbingan, nasihat & teguran kalian pedoman buat kami. Semoga kalian sentiasa dalam limpah rahmat kasihNya. Kami sayang kamu semua!!!!

Untuk semua para ibu, sesungguhnya kasih sayangmu membawa ke syurga. Tanpa kalian, di manalah dunia kami & juga mereka.

Selamat Hari Ibu!





Tuesday, May 10, 2011

::Quick Update::

As Salam, just a quick update from me. Hehehe..... It has been a long time I've not in the mood of writing here even there are lot's of story happen in our life. Banyak wo.... Later later la cite ek. Xyah suh cecite cecite ek.... I'm not going to cite about it today. Jap lagi dah nak nganto Adam g Taekwando plak. Very busy kan? Actually nothing to update pun, just to tell u that I'm still around. Hahaha.... macam la glamer sangat. Macam la ada orang nak baca blog ni. Huhuhuhuhu.... Baca la...baca la....
Dah tau niat utama update kan? Ok peep! Bye....

Bak kata Tok Alang Bahrin "kisahnye..........." Hehehe....


P/s : Nantikan entry untuk Mother's Day pulak ek..... (bile zaman la pulak nak update ni)

Thursday, March 10, 2011

::Papa - Day 4 @ Hospital:: 09032011

Diam x diam dah 4 hari Papa di hospital. Hari ni Papa nampak segar sedikit berbanding hari2 sebelum ni walaupun Papa x boleh makan & minum air lain selain air kosong lagi. Segar sikit je la.....Masih memerlukan Mommy untuk bantu Papa bangun, pergi toilet & tuangkan air. Kalau sebelum ni jalan berpimpin, harini dah boleh jalan sendiri. Alhamdulillah....petanda baik untuk proses penyembuhan kan?
Tiub dihidung Papa pun dah dicabut pagi tadi. Tu yang segar sikit tu. Boleh la Mommy bersembang ngan Papa harini....Merungut lapar & pedih perut je harini. Mana x pedih perut, boleh pulak air  drip yang ganti makanan tu habis. Sabar je la.... Dah la x boleh makan lagi. Hospital kerajaan memang macam ni ke ek? Boleh pulak nurse bagitau air drip dh habis. Xde simpan stock ke? Dari tengahari tadi hanya ubat antibiotik je yang masuk ke badan Papa selain air kosong yang Papa minum sikit2. Harap2 esok Papa dah boleh makan sikit. X banyak, sikit pun jadi la....sian Papa. Masuk harini dah 5 hari Papa x makan.


Semalam Mama ada bagi link kat Mommy tentang penyakit Papa ni. Faham la Mommy sikit2 tentang sakit ni. Memang very rare & sangat unik sampai Pakar Bedah yang datang melawat tadi bangitau Papa boleh creat 1 persatuan untuk pesakit2 Meckel's Diverticulum ni. Hahaha.....selain Persatuan Kulaan ye Pa? Sabar je la.... Mommy pun kalau nak tanya apa2 kat doktor, Mommy just mention Papa as 'Patient Meckel's' je. Terus doktor tau. Hahaha....

 Gambaran procedure yang telah dijalankan ke atas Papa. Nampak x bahagian yang dipotong? Appendix kat bawah tu pun dibuang juga.


Sebab Papa patient yang baik & kuat, Papa dapat bintang! Ingat Adam je boleh dapat bintang kat sekolah? Ha tengok! Papa pun dapat la. Hehehehe...terror Papa! Actually Mommy pun xtau signage bintang ni untuk apa. Maybe 'special case/diease' kot. Esok Mommy tanya doktor.
Mommy dah ngantuk & letih. Nak tidur dulu ek.... Hopefully esok Papa boleh start makan. Boleh cepat baik, & boleh cepat discharge. Mommy dah rindu tilam yang empuk kat rumah. Sakit badan wo tidur atas kerusi plastik spital ni. Ni pun Mommy dah rasa perit2 tekak ni. Jangan esok Papa sihat Mommy pulak demam udah....No..no..no....

Wednesday, March 9, 2011

::Papa - Day 3 @ Hospital:: 08032011

Selasa 8 March 2011 masuk hari ke 3 Papa di hospital. Alhamdulillah, awal pagi tadi Papa dah boleh buang air besar. Petanda baik untuk proses penyembuhan. Ini bermakna Papa dah boleh 'buka puasa'. Doctor Pakar bagitau Papa dah boleh minum sikit. Minum je....makan x boleh lagi plus air kosong sahaja. Lega Papa, ye la...dari semalam dia merungut dahaga. Papa minum sikit je, takut tempat pembedahan bocor. Ok la daripada x minum langsung. X banyak perubahan, Papa masih lemah. Temperature pun menunjukkan ada demam sikit. Rasanya sebab Papa x mandi kot. 
Bila doctor bagitau boleh minum tadi, Papa minta pensil & buku 'Word Search' Kakak Na yg Mommy pinjam untuk hilangkan boring. Ingatkan nak buat apa....rupanya nak order barang. Hahaha.....gelojoh betul Papa awak ni Dam....

 Order...order.....

Nampak x? 'Twister Orange, Susu Segar, Buah Pisang & Anggur'. Hehehe..... Order ni kena hold dulu ya Pak.....Tengok dulu apa kata pakar pagi esok. Kalau dah boleh makan & minum selain air kosong, esok pagi2 Mommy belikan. Kesian Papa.....puasa lagi la nampaknya.
Adam harini ikut Opah ngan Mak pergi Ipoh tengok TokCik ye..... Opah cakap awak minta goreng pisang dari semalam. X dapat lagi ye? Pisang juga......awak ngan Papa memang 'hantu pisang' la Dam.....Kalau beli pisang, awak berdua je habiskan. Mommy x sempat nak merasa tengok2 habis je....
Harini Mommy x dapat spend lebih masa dengan awak sebab Mommy x bleh tinggal Papa lama2 kat hospital. Papa pesan jangan balik lama2, takut nanti Papa nak minum & buang air kecil xde siapa nak bantu. Sempat la dengar awak mengadu x dapat goreng pisang lagi. Hehehe....Esok beli ye.... 
Mommy nak tidur la sayang....dah ngantuk ni. Kita jumpa esok ye....Gud nite sayang...I love U! Mmmmuaaaaah!


Tuesday, March 8, 2011

::Papa - Day 2 @ Hospital:: 07032011

Hari ni masuk hari ke2 Papa di hospital. Harini Mommy tengok Papa agak lemah berbanding semalam. Lepas surgery semalam, Papa masih boleh bercakap & berbual sikit dengan Mommy tapi harini langsung x dengar suara Papa. Pagi tadi Mommy balik rumah sekejap untuk mandi. Bila datang semula Mommy tengok kat hidung Papa dah ada satu tiub. Papa tunjuk kat Mommy, tiub tu dimasukkan sampai ke perut. Doctor bagitau untuk buang angin & cecair dari dalam perut. 

 
Sian Papa....sejak ada tiub tu, Mommy tengok Papa makin lemah. Langsung x bercakap melainkan bahasa isyarat je.... Mommy dulu operate appendiks xde plak camtu. Tapi ye la kan...sakit Mommy ngan sakit Papa x sama. Mommy dulu appendiks je, tapi Papa bukan buang appendiks je, potong usus skali. Nama penyakit Papa ni 'Meckel's Diverticulum'. Bak kata Mama, mmg unik sebab just 2% of population je yg ada penyakit ni. Adam kena jadi doctor ni Dam....Banyak benda yg awak boleh belajar, kaji tentang kehidupan & kejadian manusia ciptaan Allah swt ni. Bleh juga tolong jaga kesihatan Mommy, Papa & family yang lain.
Tengahari tadi Tok ngan Wan ada datang melawat Papa. Petang tadi MakLong, PakLong & Kakak Angah pulak datang melawat. Terima kasih semua.....Dah nak habis waktu melawat baru anak Mommy datang ngan Achu & Umar.  Awak pun senyap je tengok Papa camni. Sian Papa kan? InsyaAllah, doakan Papa cepat baik  boleh balik cepat. Adam dok kat rumah Opah dulu ye.... Dengar cerita tidur ngan Kakak Na ye? Eeeeeee...malu lah tidur ngan orang pompuan.  Ngeeeeeeeee...........



Monday, March 7, 2011

::Papa - Day 1 @ Hospital:: 06032011


Actually Mommy x tau nk cerita pada anak mommy kisah Papa yg sakit ni. Tp Mommy cuba juga la ye syg bercerita tentang kisah Papa ni. At least awak tahu apa yg jadi pd keluarga kita suatu ketika dulu nanti bila awak dh besar. 
Papa mmg jarang sakit Dam, yg selalu sakit Mommy. Biase la...mommy ni mmg x thn sakit. Bak kata arwah Aki dulu...mommy ni kena hujan ckit pun bleh demam. Mmg lembik! So mommy pun x expect Papa akan sakit camni. Seperti minggu2 sebelumnya, Papa akan balik jenguk kita setiap hujung minggu. Papa balik rumah hari Jumaat tu mcm biasa, malam kita g makan kat kedai seafood yg dekat ngan umah kita je sbb mlm tu ada cite Raja Lawak. Papa xmo tlepas tgok cite tu. As usual, Papa order tomyam sotong, udang goreng tepung, telur dadar, sambal belacan & sup ayam x pedas utk awak Berselera sungguh awak & Papa makan. (Mommy dh kenyang time tu). Esoknya, pagi2 lg Mommy bangun kejutkan Adam & Papa ajak pegi joging kat Stadium. Kita g joging ngan Umar & Man. Mommy pusing 1 round ngan Umar, then Papa joint 1 round lg....kami berjoging ckit2 je pun. Mommy dh bpeluh2....
 
Balik dari joging Mommy bancuhkn Papa Nescafe kegemarannya. Papa goreng nugget & potato utk breakfast. Papa ok lagi time tu....Bila mommy ckp nk ikut mak g pasar cari ketam & ikan, Papa pun nk ikut  sama . Sebelum tu Papa dh mengadu sakit perut. Katanya angin kot sbb dia makan kacang goreng  sebelum breakfast tadi. Mommy ingat sakit perut biasa je...angin. Papa bawak kita, mak & cik wati ke pasar Kg Permatang & Pasar Sitiawan. Balik dari pasar, Papa berulang ke toilet. tapi xde hasil katanya.... Mommy ingat ok la, angin je...Mommy pun masak untuk lunch. Sampai ke petang, sakit perut Papa x surut2 juga.  Makan pun x lalu katanya. Dipendekkan cerita, petang tu Papa dh x tahan sakit, Mommy bawak Papa ke klinik. Doktor suspect Papa gastrik. Dia bagi injection utk hilangkan sakit & ubat gastrik. Balik dari klinik Papa ngadu sakitnya x surut2 pun. Sampai malam Papa bgulung2 menahan sakit. Opah & Mak suruh bawak Papa ke hospital. Sampai hospital, sekali lagi Papa diberi injection & ubat gastrik. Kata Papa kurang la sekejap sakitnya. Tengah malam  tu Papa mengelesek x boleh tidur. Sakit on & off katanya. Sian Papa..... Pagi esoknya mak suruh Mommy bawak Papa pegi hospital or klinik semalam balik. Mommy bawak pegi klinik, doctor suspect Papa kena appendiks. Dia suruh bawa terus ke hospital. Aduh....Mommy yg nervous lebih tp buat2 cool. Hehehe....

Macam2 hal kami lalui sebelum Papa mendapat rawatan yang sepatutnya. Tengok la gambar yg sempat Mommy snap ni. Org dh x tahan sakit, depa suruh tunggu lama untuk bagi rawatan. Hangin Mommy dibuatnya. Alhamdulillah, Papa dapat bersabar. Mommy yang x sabar Dam.... Ye la, Mommy xde experience dengan hospital kerajaan ni. Papa masuk ward pukul 1 tghari, pukul 5 lebih baru dapat giliran untuk operation. Akhirnya, jam 8.30 malam Papa selamat keluar dari OT. Papa dah selamat dibedah Dam.... Doktor bagitau Mommy & Papa, actually Papa bukan diserang appendiks. Tapi sakit lain yang berkaitan dengan usus. Mommy pun x berapa tau sakit macam mana. Sakit tu dah lama ada katanya cuma x dapat dikesan. Yang Mommy dengar doktor cakap kes ni jarang berlaku. 2% dari population katanya. Dah alang2 operate, doktor buang sekali la appendiks Papa. Ada juga pakar yang merawat Papa dalam OT tadi. Mommy tengok muka Papa, memang muka orang sakit. Sian Papa....dia x pernah sakit teruk camni Dam. Lepas keluar dari OT td, x byk yang Papa bualkan dengan Mommy. Asyik mengadu sakit je dengan Mommy. Tapi sempat jugak la dia buat lawak ngan Mommy. Hehehe.....

Dari pukul 9 malam tadi Papa tidur, sampai sekarang ni...dh jam 2.30 pagi, Papa masih lena. Mungkin letih dan mengantuk menahan sakit malam tadi agaknya. Sian Papa....x boleh makan & minum lagi sampai esok. Harap2 Papa cepat sembuh la ye Dam.... InsyaAllah... 
Start bulan depan, kita bertiga akan berkumpul semula. Papa dh confirm dapat kerja kat sini. Mommy harap sangat2 kerja Papa kali ni bertahan lama. Semoga murah rezeki kita selepas ni ye nak....InsyaAllah.



Mommy dah ngantuk la Dam. Insyaallah esok Mommy sambung cerita Papa di hospital day2 pulak ye. Malam ni Adam tidur ngan sape la kat rumah Opah. Harap2 Adam x nakal. Esok pegi sekolah dengan Achu ye..... Gud nite syg... we love u. Mmmmmuaaaaaaaaaaaaah!