"Ceritera Cinta Kita ~ Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan, namun ia hadir kerana ketentuanNya. Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan, namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan. Jika ia sebuah cinta, leraikanlah segala kekusutan, hadirkanlah segala kedamaian..."

Thursday, March 10, 2011

::Papa - Day 4 @ Hospital:: 09032011

Diam x diam dah 4 hari Papa di hospital. Hari ni Papa nampak segar sedikit berbanding hari2 sebelum ni walaupun Papa x boleh makan & minum air lain selain air kosong lagi. Segar sikit je la.....Masih memerlukan Mommy untuk bantu Papa bangun, pergi toilet & tuangkan air. Kalau sebelum ni jalan berpimpin, harini dah boleh jalan sendiri. Alhamdulillah....petanda baik untuk proses penyembuhan kan?
Tiub dihidung Papa pun dah dicabut pagi tadi. Tu yang segar sikit tu. Boleh la Mommy bersembang ngan Papa harini....Merungut lapar & pedih perut je harini. Mana x pedih perut, boleh pulak air  drip yang ganti makanan tu habis. Sabar je la.... Dah la x boleh makan lagi. Hospital kerajaan memang macam ni ke ek? Boleh pulak nurse bagitau air drip dh habis. Xde simpan stock ke? Dari tengahari tadi hanya ubat antibiotik je yang masuk ke badan Papa selain air kosong yang Papa minum sikit2. Harap2 esok Papa dah boleh makan sikit. X banyak, sikit pun jadi la....sian Papa. Masuk harini dah 5 hari Papa x makan.


Semalam Mama ada bagi link kat Mommy tentang penyakit Papa ni. Faham la Mommy sikit2 tentang sakit ni. Memang very rare & sangat unik sampai Pakar Bedah yang datang melawat tadi bangitau Papa boleh creat 1 persatuan untuk pesakit2 Meckel's Diverticulum ni. Hahaha.....selain Persatuan Kulaan ye Pa? Sabar je la.... Mommy pun kalau nak tanya apa2 kat doktor, Mommy just mention Papa as 'Patient Meckel's' je. Terus doktor tau. Hahaha....

 Gambaran procedure yang telah dijalankan ke atas Papa. Nampak x bahagian yang dipotong? Appendix kat bawah tu pun dibuang juga.


Sebab Papa patient yang baik & kuat, Papa dapat bintang! Ingat Adam je boleh dapat bintang kat sekolah? Ha tengok! Papa pun dapat la. Hehehehe...terror Papa! Actually Mommy pun xtau signage bintang ni untuk apa. Maybe 'special case/diease' kot. Esok Mommy tanya doktor.
Mommy dah ngantuk & letih. Nak tidur dulu ek.... Hopefully esok Papa boleh start makan. Boleh cepat baik, & boleh cepat discharge. Mommy dah rindu tilam yang empuk kat rumah. Sakit badan wo tidur atas kerusi plastik spital ni. Ni pun Mommy dah rasa perit2 tekak ni. Jangan esok Papa sihat Mommy pulak demam udah....No..no..no....

No comments: