"Ceritera Cinta Kita ~ Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan, namun ia hadir kerana ketentuanNya. Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan, namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan. Jika ia sebuah cinta, leraikanlah segala kekusutan, hadirkanlah segala kedamaian..."

Monday, March 7, 2011

::Papa - Day 1 @ Hospital:: 06032011


Actually Mommy x tau nk cerita pada anak mommy kisah Papa yg sakit ni. Tp Mommy cuba juga la ye syg bercerita tentang kisah Papa ni. At least awak tahu apa yg jadi pd keluarga kita suatu ketika dulu nanti bila awak dh besar. 
Papa mmg jarang sakit Dam, yg selalu sakit Mommy. Biase la...mommy ni mmg x thn sakit. Bak kata arwah Aki dulu...mommy ni kena hujan ckit pun bleh demam. Mmg lembik! So mommy pun x expect Papa akan sakit camni. Seperti minggu2 sebelumnya, Papa akan balik jenguk kita setiap hujung minggu. Papa balik rumah hari Jumaat tu mcm biasa, malam kita g makan kat kedai seafood yg dekat ngan umah kita je sbb mlm tu ada cite Raja Lawak. Papa xmo tlepas tgok cite tu. As usual, Papa order tomyam sotong, udang goreng tepung, telur dadar, sambal belacan & sup ayam x pedas utk awak Berselera sungguh awak & Papa makan. (Mommy dh kenyang time tu). Esoknya, pagi2 lg Mommy bangun kejutkan Adam & Papa ajak pegi joging kat Stadium. Kita g joging ngan Umar & Man. Mommy pusing 1 round ngan Umar, then Papa joint 1 round lg....kami berjoging ckit2 je pun. Mommy dh bpeluh2....
 
Balik dari joging Mommy bancuhkn Papa Nescafe kegemarannya. Papa goreng nugget & potato utk breakfast. Papa ok lagi time tu....Bila mommy ckp nk ikut mak g pasar cari ketam & ikan, Papa pun nk ikut  sama . Sebelum tu Papa dh mengadu sakit perut. Katanya angin kot sbb dia makan kacang goreng  sebelum breakfast tadi. Mommy ingat sakit perut biasa je...angin. Papa bawak kita, mak & cik wati ke pasar Kg Permatang & Pasar Sitiawan. Balik dari pasar, Papa berulang ke toilet. tapi xde hasil katanya.... Mommy ingat ok la, angin je...Mommy pun masak untuk lunch. Sampai ke petang, sakit perut Papa x surut2 juga.  Makan pun x lalu katanya. Dipendekkan cerita, petang tu Papa dh x tahan sakit, Mommy bawak Papa ke klinik. Doktor suspect Papa gastrik. Dia bagi injection utk hilangkan sakit & ubat gastrik. Balik dari klinik Papa ngadu sakitnya x surut2 pun. Sampai malam Papa bgulung2 menahan sakit. Opah & Mak suruh bawak Papa ke hospital. Sampai hospital, sekali lagi Papa diberi injection & ubat gastrik. Kata Papa kurang la sekejap sakitnya. Tengah malam  tu Papa mengelesek x boleh tidur. Sakit on & off katanya. Sian Papa..... Pagi esoknya mak suruh Mommy bawak Papa pegi hospital or klinik semalam balik. Mommy bawak pegi klinik, doctor suspect Papa kena appendiks. Dia suruh bawa terus ke hospital. Aduh....Mommy yg nervous lebih tp buat2 cool. Hehehe....

Macam2 hal kami lalui sebelum Papa mendapat rawatan yang sepatutnya. Tengok la gambar yg sempat Mommy snap ni. Org dh x tahan sakit, depa suruh tunggu lama untuk bagi rawatan. Hangin Mommy dibuatnya. Alhamdulillah, Papa dapat bersabar. Mommy yang x sabar Dam.... Ye la, Mommy xde experience dengan hospital kerajaan ni. Papa masuk ward pukul 1 tghari, pukul 5 lebih baru dapat giliran untuk operation. Akhirnya, jam 8.30 malam Papa selamat keluar dari OT. Papa dah selamat dibedah Dam.... Doktor bagitau Mommy & Papa, actually Papa bukan diserang appendiks. Tapi sakit lain yang berkaitan dengan usus. Mommy pun x berapa tau sakit macam mana. Sakit tu dah lama ada katanya cuma x dapat dikesan. Yang Mommy dengar doktor cakap kes ni jarang berlaku. 2% dari population katanya. Dah alang2 operate, doktor buang sekali la appendiks Papa. Ada juga pakar yang merawat Papa dalam OT tadi. Mommy tengok muka Papa, memang muka orang sakit. Sian Papa....dia x pernah sakit teruk camni Dam. Lepas keluar dari OT td, x byk yang Papa bualkan dengan Mommy. Asyik mengadu sakit je dengan Mommy. Tapi sempat jugak la dia buat lawak ngan Mommy. Hehehe.....

Dari pukul 9 malam tadi Papa tidur, sampai sekarang ni...dh jam 2.30 pagi, Papa masih lena. Mungkin letih dan mengantuk menahan sakit malam tadi agaknya. Sian Papa....x boleh makan & minum lagi sampai esok. Harap2 Papa cepat sembuh la ye Dam.... InsyaAllah... 
Start bulan depan, kita bertiga akan berkumpul semula. Papa dh confirm dapat kerja kat sini. Mommy harap sangat2 kerja Papa kali ni bertahan lama. Semoga murah rezeki kita selepas ni ye nak....InsyaAllah.



Mommy dah ngantuk la Dam. Insyaallah esok Mommy sambung cerita Papa di hospital day2 pulak ye. Malam ni Adam tidur ngan sape la kat rumah Opah. Harap2 Adam x nakal. Esok pegi sekolah dengan Achu ye..... Gud nite syg... we love u. Mmmmmuaaaaaaaaaaaaah!

No comments: