"Ceritera Cinta Kita ~ Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan, namun ia hadir kerana ketentuanNya. Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan, namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan. Jika ia sebuah cinta, leraikanlah segala kekusutan, hadirkanlah segala kedamaian..."

Sunday, November 13, 2011

::Daging Korban Punya Cerita::

As salam semua.... Mommy nak tanya u alls ni, daging korban yang u all dapat dah habis ke belum? Hehehe... Mommy punya daging korban masih ada, cukup la untuk kami bertiga beranak ni sampai hujung bulan ni kot. What? Hujung bulan? Hehehe...nampak sangat Mommy malas masak kan? Kan Mommy dah cakap, Mommy masak ikut mood. Hahaha....

Daging korban ni memang sedap kan? Ye la, daging fresh.... Nak-nak tang part tulang. Pergh! Tangkap leleh wa cakap lu! Memang layan. Dulu-dulu Mommy xde la layan sangat. Banyak jugak la makanan yang Mommy x layan/suka dulu-dulu dah jadi favorite Mommy sekarang. Berjangkit dari Papa kot yang tolak batu dengan kayu je tu. Ops! Jangan marah ye B....it's a fact, right? Berbalik pada cerita daging & tulang korban ni, u all ada x rasa pening kepala or sakit badan ke lepas makan daging/tulang lembu korban ni? I mean yang fresh la, raya haji punya stock. Orang cakap, kalau makan daging/tulang yang fresh ni kita rasa pening kepala, maknanya kita ni penghidap sakit darah tinggi. Betul ke? Uish! Kalau betul, maknanya kami suami isteri ni ada darah tinggi la kot ek? Tapi kan, sekejap je pun sakit kepalanya....xde la pulak berpanjangan. Macam experience Mommy, lepas makan dalam setengah jam rasa macam pening-pening lalat sikit. Tapi x lama la, dalam 10-15 minit lepas tu dah boleh buat head banging dah. Hahaha.....U all ada experience macam tu x? Kalau macam yang Mommy rasa ni bukan darah tinggi la kot ek? Darah terlebih kot ek? Hahaha....ada ke sakit tu? Hohohoho....Apapun, harap-harap bukan sakit darah tinggi la ye. 

Harini Mommy layan lagi daging korban. Semalam my mum masak sup daging. Harini daging masak kicap pulak. Tadi Mommy hantar daging + tulang lembu kat rumah dia. Janjinya esok nak masak sup tulang tu la buat bihun sup ke. Tapi entahlah, pukul berapa nak jadi sup tulangnya. Hahahaha....esok Ahad weh! Cuti...cuti....Bangun lambat time!

P/s: Mimpi makan sup tulang la malam ni. Hohoho!









No comments: