"Ceritera Cinta Kita ~ Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan, namun ia hadir kerana ketentuanNya. Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan, namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan. Jika ia sebuah cinta, leraikanlah segala kekusutan, hadirkanlah segala kedamaian..."

Friday, November 11, 2011

11.11.11

As salam semua, lama sungguh kita x jumpa kan? Hehehe.... walaupun Mommy bukan fulltime worker,& bukan juga fulltime housewife, hari-hari Mommy tetap busy. Macam-macam hal berlaku yang membuatkan Mommy busy. Client nak buat insurance claim la, nak bayar premium la, nak itu la, nak ini la.... dah menjadi tanggungjawab Mommy sebagai agent untuk menyelesaikan semuanya. Di rumah pula tugas harian Mommy macam biasa la, pagi-pagi siapkan Papa pergi kerja, then sambung siapkan Adam pulak, hantar dia pergi sekolah, kalau rasa boring Mommy lajak ke rumah Opah Chek Mi (my beloved mom). Kalau Mummy ada kat rumah, sembang-sembang, borak-borak & makan-makan sampai waktu Adam balik sekolah pergi pulak ambil dia balik sekolah then baru balik rumah semula. Kalau ada kerja-kerja insurance, lajak pulak ke Prudential Sitiawan. Petang dah sampai rumah baru la start dengan kerja-kerja rumah pulak. Basuh kain, sidai kain, angkat kain. Lipat kain? Tunggu time rajin la pulak. Hahaha... Eleleh....x payah nak gelakkan Mommy or kata Mommy pemalas ok Korang pun camtu jugak kan? Eleh....Mommy tau. Hahaha...
Masak? Kalau ada mood nak masak, Mommy masak la. Kalau mood tu x mari, makan kedai la jawabnya. Alhamdulillah, so far Papa x bising lagi. Xtau la pulak kot lepas-lepas ni dia nak bising pulak. Demand nak makan masakan Mommy tiap-tiap hari ke kan....Mau Mommy siapkan meja special untuk lappy Mommy ni pulak kan. Hahaha..... 
Itu cerita tugas-tugas kecil je tu. X perlu la Mommy nak cerita details apa Mommy buat tiap-tiap hari kan? Nanti boring pulak u alls nak baca sembang Mommy ni. Ni pun dah kira 'terlebih sudah' ni. Hehehe...out of topic dah ni kan? Ha, tau x pe....
Back to the topic, ada apa sebenarnya dengan tarikh 11.11.11 ni? So far Mommy x dapat lagi jemputan kahwin pada hari ni. Tapi mungkin juga malam ni ramai yang berakad izin berwali ijab bersaksi. Cewah....! Macam tu kan bunyinya yang dalam kad-kad jemputan selalu tu? Hehehe....lupa la pulak Mommy. Pada yang celebrate birthday hari ni mungkin ada special event yang menanti la kot .Dalam FB Mommy pun cuma ada seorang je yang meraikan ulang tahun pada tarikh ini. Semoga dia panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan urusan melahirkan. InsyaAllah! 
Mommy? Apa Mommy buat pada tarikh ni? Hehehe....macam biasa, rutin harian Mommy la. Masak,masak makan-makan, jalan-jalan & tidur-tidur. Tidur-tidur? Pun ada jugak....Mommy mengasuh Umar lagi hari ni. Dah masuk hari ketiga dah ni. Memang enjoy la kan sebab si bebab tu mudah dijaga. Sekarang ni dia tengah tidur. Kejap lagi kena kejut la pulak sebab nak ambil Abang Adam balik sekolah pulak. Harini Opah x pergi kantin, boleh la lajak rumah Opah pulak lepas tu. Hehehe....



Alamak! Lupa pulak Mommy, daging dah rendam tadi. Kena masak la pulak. Ayok! Umar pun dah jaga ni. dah selamat meniarap dengan Mommy depan lappy ni. Kena chow dulu la ni ye. Selamat Hari Jumaat semua! Selamat berhujung minggu juga!



No comments: