"Ceritera Cinta Kita ~ Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan, namun ia hadir kerana ketentuanNya. Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan, namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan. Jika ia sebuah cinta, leraikanlah segala kekusutan, hadirkanlah segala kedamaian..."

Thursday, May 19, 2011

::Kisah Hari Ibu 2011::

 
♪ Ibu.... Ibu....♫
♪ Engkaulah ratu hatiku....♫
♪ Bila kuberduka, engkau hiburkan selalu...♫
♪ Ibu... Ibu....♫
♪ Engkaulah ratu hatiku.....♫

Lagu ni menjadi lagu favourite setiap kali menjelangnya sambutan Hari Ibu. Betul tak? Agaknya kalau Hari Bapa plak sok lagu favouritenya mungkin lagu ni:

♪ Papaku pulang dari kota ♫
♪ Papaku belikan kereta ♫
♪ Kereta kecil warna merah ♫
♪ Boleh kubawa kesekolah....♫

Hahaha....teringat kumpulan Jambu nyanyi. Lawak tol! Takkan la lagu tu pulak kot kan? Hehehe..... Back to the title, sambutan hari ibu keluarga kami kali ni as usual, simple but meaningful. Tahun ni Abg Boy take turn belanja kami semua yang ada dengan cake hari ibu & sate. Ibu2 yang ada je la potong cake tahun ni. KakNgah & Atie tak joint sebab berada di luar kawasan. InsyaAllah, next time kita celebrate sama2 ek?



Agak mengejut planningnya, kami hanya bawa perut je malam tu. Hahaha.... Walaupun tiada hadiah dari kami sekeluarga, kami tetap sayang semua. Tiada tolok bandingnya! Hadiah kasih sayang itu x dapat kami bandingkan dengan segala harta benda di dunia ini. InsyaAllah...

To Mummy, Selamat Hari Ibu dari kami sekeluarga. Kasih sayang Mummy akan kami bawa hingga ke syurga. Terima kasih atas segala kasih sayang yang telah Mummy curahkan, nasihat, tunjuk ajar & panduan  buat bekalan hidup kami sekeluarga. Tiada kasih setanding kasihmu Mummy. We really, really, really love you! Semoga Mummy sentiasa sihat dalam lindunganNya, tercapai hajat Mummy ke tanah suci tahun ni InsyaAllah...we pray for you dan berbahagia selalu hendaknya. Amin!

Buat arwah mak, walaupun mak tidak bersama kami lagi, kasih sayang mak tetap terpahat kukuh dalam hati kami. Hanya doa dapat kami titipkan buatmu semoga tenang kau di sana. U are always around us mak... Love u forever.

Untuk mak, walaupun perkenalan kita masih setahun jagung, kasih sayangmu dapat kami rasai. X pernah kami bezakan kasih sayang kami untuk mak. Semoga mak sihat, bahagia,  dan sentiasa ceria bersama kami. InsyaAllah!


Buat kakak-kakak yang kami sayangi, kehadiran kalian benar-benar membawa erti buat kami sekeluarga. Dorongan, bimbingan, nasihat & teguran kalian pedoman buat kami. Semoga kalian sentiasa dalam limpah rahmat kasihNya. Kami sayang kamu semua!!!!

Untuk semua para ibu, sesungguhnya kasih sayangmu membawa ke syurga. Tanpa kalian, di manalah dunia kami & juga mereka.

Selamat Hari Ibu!





No comments: