


Happy birthday to you.... Dhia (23 March 2005) & Adam (28 March 2006) Macam tahun2 sebelumnya Adam celebrate birthday dengan Kakak. Happening kan? Thanks to Abang Chik yang susah payah menjemput kawan-kawannya memeriahkan majlis. Walaupun hujan lebat, dapat juga mereka hadir dalam basah kuyup. Hahaha.... Tahun ni walaupun sambutannya ala kadar sahaja, Mummy rasa seronok tengok Adam ngan Kakak happy. Dah besar anak-anak Mummy..... Mummy harap Adam ngan Kakak rapat camni sampai besar ye sayang, macam adik beradik.Sedar x sedar dah 4 tahun kita bersama. Alhamdulillah Mummy dapat ikuti perkembangan Adam tiap-tiap hari (walaupun ada masanya kita terpaksa berpisah 2-3 hari atas tuntutan kerja) Mummy bangga dapat tengok anak Mummy membesar depan mata. Jatuh bangun Adam, sakit pening Adam, tangis tawa Adam kita kongsi bersama. Mummy sentiasa berdoa agar Mummy dapat terus bersama Adam sehingga Adam dewasa kelak. Mummy pasti Papa juga turut sama berdoa untuk itu. We love u sayang...really2 love u. Tiada harta yang lebih bernilai kami miliki selain dirimu. Mummy harap Adam juga sama. Jangan sesekali kamu membelakangkan kami, jangan sesekali kamu sakiti kami dan jangan sesekali kamu sisihkan kami dari hidupmu.
4 tahun... tiada apa yang kami harapkan lebih dari kamu nak... Belajarlah apa yang kamu mampu buat masa ini. InsyaAllah, kami akan berusaha memastikan kamu mendapat apa yang sepatutnya kamu dapat dari kami selagi permintaan kamu tidak menjejaskan kehidupan kamu kelak. Sekolah rajin-rajin, belajar pandai-pandai ye sayang. Alhamdulillah, Mummy & Papa sangat berbangga dengan pencapaian kamu setakat ini. Adam dah pandai baca doa makan, doa tidur, surah Al-Fatihah & juga surah Yasin sampai ayat ke 5. Ok la tu kan? Keep it up!
Buat Dhia, nanti bila Kakak dah besar, dah boleh membaca...Kakak bacalah coretan Mummy ni dengan adik ye... Jangan gaduh-gaduh. Jadi anak yang baik. Mummy pasti Mama & Babah juga mengharapkan kakak menjadi anak yang baik dan solehah, anak yang boleh membanggakan mereka. Kakak satu-satunya anak perempuan mereka. Jadilah yang terbaik diantara yang terbaik okay!
Sampai disini dulu coretan Mummy buat kalian.
4 tahun... tiada apa yang kami harapkan lebih dari kamu nak... Belajarlah apa yang kamu mampu buat masa ini. InsyaAllah, kami akan berusaha memastikan kamu mendapat apa yang sepatutnya kamu dapat dari kami selagi permintaan kamu tidak menjejaskan kehidupan kamu kelak. Sekolah rajin-rajin, belajar pandai-pandai ye sayang. Alhamdulillah, Mummy & Papa sangat berbangga dengan pencapaian kamu setakat ini. Adam dah pandai baca doa makan, doa tidur, surah Al-Fatihah & juga surah Yasin sampai ayat ke 5. Ok la tu kan? Keep it up!
Buat Dhia, nanti bila Kakak dah besar, dah boleh membaca...Kakak bacalah coretan Mummy ni dengan adik ye... Jangan gaduh-gaduh. Jadi anak yang baik. Mummy pasti Mama & Babah juga mengharapkan kakak menjadi anak yang baik dan solehah, anak yang boleh membanggakan mereka. Kakak satu-satunya anak perempuan mereka. Jadilah yang terbaik diantara yang terbaik okay!Sampai disini dulu coretan Mummy buat kalian.
Selamat Ulang Tahun Sayang!
** Sorry sayang, gambar x cantik sebab Mummy pakai camera handphone je.....
No comments:
Post a Comment