"Ceritera Cinta Kita ~ Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan, namun ia hadir kerana ketentuanNya. Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan, namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan. Jika ia sebuah cinta, leraikanlah segala kekusutan, hadirkanlah segala kedamaian..."

Tuesday, April 27, 2010

::Demam Lagi::

Adoih....! Petang tadi Mommy amik Adam balik dari sekolah, Ustazahnye ngadu...."Kak, Adam demam harini". Terkejut beruk la Mommy sebab pagi tadi elok je.... "Solat pun tak harini sebab die demam". Ayoyoh.....karivalle! Tengok anak Mommy yang sorang tu lesu je. Tapi sempat lagi nyanyi lagu Wali Band 'Yang' dalam kereta. Sampai rumah, check temperature... OMG! 38.7! Nasib baik kali ni tak susah nak bagi dia makan ubat. 2-3 kali pujuk je. Tak macam selalu, kena berperang dulu, silat silambam semua keluar, baru la ubat masuk dalam mulut. Tu la Adam.....Mommy dah pesan, jangan main panas...jangan melawat rumah orang tengah2 hari rembang, Adam degil. Dah demam kan sendiri yang lembik. Malam kang sah2 kena standby air kosong siap2. Adam kalau demam tengah malam bangun mintak air, kadang2 ajak mandi. Memang anak Mommy tu kalau demam temperaturenya very high. Lepas makan ubat tadi, nampaknya ok la. Siap bleh main kejar2 ngan Abg Chik n kakaknye. Kejap lagi ubat dh habis, lembik la balik tu.

Alahai anak mommy............!! Cepat baik ye sayang. Macam2 kes dah mommy dengar ni. Hopefully nothing serious la ye nak ye.... InsyaAllah!

No comments: