"Ceritera Cinta Kita ~ Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan, namun ia hadir kerana ketentuanNya. Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan, namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan. Jika ia sebuah cinta, leraikanlah segala kekusutan, hadirkanlah segala kedamaian..."

Friday, May 7, 2010

::Biar Pedih Kasih Memanjang::

Wow! Looking at the tittle itself bukan main lagikan? Macam orang frust je bunyinya. Hehehe.... actually Mommy xtau nak cerita pasal apa.... Tapi still in the mood of updating my blog ni. Suddenly I'm thinking of Mother's Day. Yes...tomorrow is the day right? Apa nak buat esok ek? I'm planning to do something for my mum actually. But I don't know what to do.... :-( I'm really have no idea la.... What to do????? A cake? Erm.... Biasa2 la plak rasanya.... Think!!!! Bawak pergi jalan2 pun best jugak kan? Erm..... What a great idea I think. Mommy Chek Mi pun suka jalan2. Ok... I need to prepare a proposal to AhChak la ni.... teet...teet.....

Talking about Mother's Day, we all have a mother right? X kira apa sahaja panggilan untuk mereka, IBU, EMAK, MAK, UMI, MOMMY, BONDA..... semuanya sama je kan? Mereka tetap insan yang melahirkan kita. Walau ada sesetengah dari kita dipelihara oleh orang lain selain dari mereka yang melahirkan kita namun syurga kita tetap di bawah telapak kaki ibu. Walau apa sahaja dosa dan noda mereka lakukan, mereka tetap IBU kita.

Rasulullah SAW bersabda : Seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya : Siapakah yang paling baik mendapat perlakuan baik dariku? Beliau menjawab: ‘Ibumu’ lantas siapa? Beliau menjawab ‘Ibumu’, kemudian bertanya lagi, setelah itu siapa? Beliau menjawab: ‘Ayahmu’. (HR. Bukhari Muslim).

'Mommy, walau apa sahaja dosa yang telah Girl lakukan, kata-kata yang telah mengguris hatimu, ampunkan Girl Mommy. Sesungguhnya tiada kasih setanding kasihmu di dunia ini. Semoga Mommy tenang, sabar dan sihat sentiasa disamping kami anak-anakmu. InsyaAllah!'

Anak-anak.... Biar pedih kasih memanjang. Walau sekesat dan sepedih mana kata-kata ibu, percayalah.... tiada yang tidak baik yang mereka harapkan untuk anak-anak mereka. Sayangi, lindungi dan kasihi lah mereka selagi hayat dikandung badan. InsyaAllah, akan tenang perjalanan hidupmu dunia & akhirat.


** Mommy, Makcik, KakYong, KakNgah, KakGee, Kak Chak dan semua......


Happy Mother's Day to all!!!!



No comments: